Rasulullah s.a.w bersabda :
“Wahai
manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang
membawa rahmat dan pulang membawa keluar dosa-dosa ahli rumah tersebut”
Suka dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w ni.Kadang-kadang
terasa inginkan kehadiran tetamu pada setiap detik yang wujud semata-mata mahu
dosa-dosaku dibawa pergi oleh mereka.
Hidup ini tak pernah lari daripada menjadi
seorang tetamu.Hingga kini aku malu membawa ‘title’ tetamu dalam diriku.Adakah
aku ‘tetamu yang membawa rahmat’ sepertimana apa yang dikatakan baginda s.a.w.
Sesuai ke aku membawa ‘title’ tu,sedang aku tak membawa apa-apa perubahan pada
ahli tempat yang aku kunjungi bahkan sedikit manfaat pun aku tidak menyumbang.
Aku
malu menjadi tetamu rumah sahabatku,
Tapi
aku hanya berbicara apa yang tak perlu.
Aku
malu menjadi tetamu kedai di tepi jalan,
Tapi
aku tidak ucap terima kasih atas segala perkhidmatan.
Aku
malu menjadi tetamu sesuatu program dan perkhemahan,
Tapi
aku tak buat apa-apa perubahan.
Aku
malu menjadi tetamu di negara orang,
Tapi
aku tak ada apa untuk disumbang,
Malah
mengutuk dan mempersendakan mereka sebagai tuan.
Aku
malu menjadi tetamu di surau dan masjid,
Tapi
mulut dan hatiku sunyi tanpa zikir.
Aku
malu menjadi tetamu ramadhan,
Tapi
aku susah nak khatam AlQuran.
Aku
betul-betul malu menjadi tetamu Tuhan,
Tapi
aku tak laksanakan hak-hak Dia dalam setiap inci kehidupan.
Wahai
Allah,jadikan kami seorang tetamu yang bermanfaat kepada ahli tempat yang kami
hadiri.
Wahai
Allah,redhailah setiap langkah kaki kami walau ke bumi mana pun kami jejaki.