Warkah Cinta Buat Dirimu yang Tercinta


Sayangku,
Dirimu lengkap sempurna,punya rupa dan akhlak yang terjaga.
Kusuka lihat dirimu berbanding yang ada.
Hatiku terikat padamu walau jarang bertemu empat mata.

Sayangku,
Kemahiran yang ada pada dirimu membuat aku terkesima,
Rajinmu,kebijaksanaanmu,tutur katamu membuat aku terpikat dan jatuh cinta.
Aku suka memikirkan tentang dirimu kerana di mataku kau lebih istimewa dari mereka.

Sayangku,
kini kita terpisah jauh hingga dirimu hilang dari pandangan mata.
Aku rindu untuk duduk bersama.
Aku rindu untuk bergelak ketawa.
Aku rindu untuk bertandang ke istanamu.
Aku rindu untuk mendengar cerita dari mulutmu.

Sayangku,
Beritamu telah sampai ke gegendang telinga,
Pada mula,aku berada di antara dua,
Sedih atau gembira yang perlu diri ini rasa?
Namun hakikatnya perlahan-lahan jatuh juga air mata.
Sebak,pilu namun aku bersyukur kepada yang Maha Esa.
Selesai urusan dan dirimu menjadi milik dia.

Sayangku,
Kuatlah dirimu disana,
Yang lalu biarkanlah ia sedikit-sedikit pergi dari hidupmu,
Tabahlah sayang,
Allah itu sentiasa ada untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya.
Gagahlah wahai cintaku,
Keadaan dirimu memberi kesan kepada 'dia'.

Sayangku,
Berjalanlah tanpa henti.
Selagi nyawa Allah beri,selagi itu ada pintu pengampunan bagi kita,sang hamba abdi.
Doaku tak putus untuk dirimu yang dicintai.
Semoga bahtera yang dibina,Allah redhoi dan berkati.
Semoga zuriat-zuriat yang lahir kelak menjadi insan yang lebih bererti.

Sayangku,
Cintaku tetap ada untukmu.
Biarkan kisah silam itu berlalu.
Aku tetap salah seorang daripada saudaramu.
Kan ku tetap berdiri disisimu,
Aku tetap aku yang dulu.
Jangan kau menjauh.
Hadirlah jika kau memerlukan aku.

Sayangku,kau tetap sebagai cintaku 


Maafkan aku atas apa yang telah terjadi 

_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_