inheart





Wahai Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati,
lapangkanlah kubur datukkku Ja'afar bin Ahmad dan abangku,Muhammad Syukri bin Ali,
terangilah kubur mereka dengan cahaya rahmatMu,
permudahkanlah segala urusan mereka di alam barzakh sehingga tibanya hari qiamat,
ampunkanlah dosa-dosa mereka,Ya Tawwab..sepanjang hayat mereka di muka bumi ini,
berikanlah kegembiraan kepada mereka dengan bayangan-bayangan syurga,
dan jadikanlah pusara mereka sebahagian daripada taman-taman syurga,
angkatlah azab kubur daripada mereka,Ya Qowwiy..
jadikanlah datuk dan abangku ini sebagai syafaat kepada aku sekeluarga yang menanti kami di pintu syurgaMu kelak,
pertemukanlah kami semula Ya Malik,dalam pertemuan yang terindah untuk mengubat rindu kami di syurgaMu yang abadi..
AllahummAmin....


semoga atok tenang dan aman dalam tiduran

semoga Jannah milikmu,abang chik






AlFatihah﹏
_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_