Dekat akhirat nanti,
Kita akan menyesal dengan
amalan sedekah kita di dunia,
Kita akan menyesal pindahkan
duit ke akaun bank untuk bantu Syria,
Kita akan menyesal wakafkan
tanah untuk pembinaan masjid dan madrasah,
Kita akan menyesal pelihara
anak-anak yang kehilangan mak ayah.
Dekat akhirat nanti,
Kita akan menyesal dengan
amalan sedekah kita di dunia,
Kita akan menyesal masukkan
duit dalam tabung masjid,
Kita akan menyesal hulur
bantuan kepada mangsa banjir,
Kita akan menyesal bagi air
dan roti kepada pengemis.
Dekat akhirat nanti,
Kita akan menyesal dengan
amalan sedekah kita di dunia,
Kita akan menyesal belanja
kawan-kawan makan,
Kita akan menyesal beri orang
yang ingin berbuka puasa menghilangkan kelaparan,
Kita akan menyesal dengan
sikap kita yang suka lemparkan senyuman.
Ya,kita semua pasti akan
menyesal.
kita akan menyesal apabila
melihat amalan sedekah yang kita selalu lakukan
di dunia hanya mampu
menempatkan kita di syurga yang terbawah sekali,
sedangkan mereka yang naik ke
syurga yang teratas juga adalah kerana
amalan bersedekah.kurangnya
kita kerana terlalu berkira-berkira dalam
memberi sedekah.jom jadi
orang yang pemurah.kata orang-orang tua,
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan.alang-alang
kita dah masuk syurga,biarlah
dapat tempat bersama rasulullah tercinta.
Kata rasulullah s.a.w :
Mafhumnya; tiga cara untuk
mendapat pahala berterusan setelah meninggal dunia ialah amalan bersedekah,ilmu
yang bermanfaat,dan doa daripada anak soleh.
jom berlari masuk ke syurga :)