doa ibu bapa buat anak" yang jauh di mata



  kembali menaip lagi dengan jari-jari kurniaan Ilahi ini.

kali ini inginku kongsikan satu doa yang cantik dan bermakna yang boleh diamalkan oleh tuan puan yang bergelar ibu atau bapa.
kawan-kawan pun boleh hafalnya mulai sekarang,InsyaAllah boleh dipraktikkan tika punya alam rumahtangga kelak ;)

lazimnya,kita tahu dan hafal serangkap doa yang lengkap iaitu doa anak-anak buat ibu bapanya.
kurang pasti yang mana satu?
baik,takpe,ni dia :)


ya,itu doa anak-anak untuk kedua orang tua.
macam mana pula doa orang tua untuk anak-anaknya?
lagi-lagi anak-anak yang kian membesar,saban hari meninggalkan kita demi mencedok ilmu Allah di merata muka bumi.
ada juga yang perlu dihantar ke pusat jagaan,tadika,atau ditinggalkan bersama pembantu rumah.
perasaan risau itu semestinya hadir walau tengah sibuk bekerja.
perasaan ibu dan ayah,hanya Allah yang mengerti.

kalau disingkap sejarah Nabi Ibrahim.
begitu jugalah perasaan Nabi Ibrahim tika mendapat perintah daripada Allah s.w.t supaya meninggalkan isterinya,Siti Hajar dan cahaya matanya yang masih kemerahan iaitu Nabi Ismail di lembah mekah yang panas dan kering kontang.

Bayangkan kegembiraan Nabi Ibrahim apabila dikurniakan anak pertama tika usianya telah lanjut bertukar menjadi kesedihan dan kerisauan yang teramat apabila mendapat perintah ini.
tapi,Subhanallah,kekuatan iman dan ketaqwaan nabi Ibrahim membuatkannya yakin bahawa segalanya punya hikmah yang tersendiri.

lalu Nabi Ibrahim menadah tangan memanjat doa pada Allah s.w.t


"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya,disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.Wahai Tuhan kami,mereka ditempatkan di situ supaya mereka mendirikan solat dan memakmurkan tempat itu dengan ibadat.Oleh itu,jadikanlah orang sekeliling tertarik dan kasih terhadap mereka,dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman,semoga mereka bersyukur"


cantik kan doa Nabi Ibrahim?

InsyaAllah kita juga boleh mengamalkannya.jika tidak mampu untuk menghafal,cukuplah sekadar membacanya dengan khusyu' dan penuh mengharap kepada Allah.Semoga segala kerisauan terhadap anak-anak yang jauh di mata berlalu pergi.Ingatlah,Allah itu Maha Ada dan Dia selalu ada.Letaklah walau dimanapun anak-anak demi kebaikan,dan bertawakkallah.InsyaAllah Allah kan tetap memelihara dan melindunginya :)


_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_