mereka yang dah mengalami, mungkin lebih memahami.


ramadhan 1434H/2013
rasa macam ramadhan tahun ni hening daripada tahun-tahun sebelum.

ramai insan yang dikenali telah kembali ke rahmatullah.
cerita-cerita yang didengar tentang arwah-arwah pun sangat...hmm...
beruntungnya mereka meninggal dalam husnul khotimah.

"........Ayahanda,bonda dan keluarga tercinta,
andai pemergian anakanda ini mendatangkan kesedihan kepada kalian,
tabahkanlah diri kalian dan doakanlah anakanda tenang disana........."

sebahagian kalam terakhir yang dicoretkan arwah abangku pada sehelai kertas A4 hijau untuk kami sekeluarga setelah dia pergi ke sisi Ilahi.
ya,tinggalan arwah ni lah yang kadang-kadang kami boleh menjadi lebih kuat walaupun dalam hati meraung kesakitan untuk menerima segala hakikat.

mungkin yang dah mengalami,lebih memahami perasaan ni.
kadang-kadang,diri ni sendiri tak dapat nak menenangkan sahabat yang baru kematian orang tersayang.
bukan kerana istilah :
 "kawan masa gembira je,waktu susah semua lari"
tapi,mungkin disebabkan kesan tragedi beberapa tahun lalu,masih kuat tersemat diingatan dan perasaan.

hanya Allah yang tahu setiap detik yang berlalu tika itu.
segalanya seperti mimpi.
ya,pada awalnya aku semestinya tak percaya dengan apa yang berlaku.
tika bersendirian dalam bilik,hampir semua bantal  hello kitty kucampak ke dinding satu-persatu sambil menangis tanpa henti.
air mata yang tumpah,turun dengan sendirinya,seperti dia pun menangisi pemergian arwah.
jahilnya tika itu.abang chik bukannya boleh hidup balik pun kalau campak-campak bantal tu.
hmm...

satu yang pasti,selepas arwah pergi,diri ni mula belajar erti sabar dan menelan segala kesedihan.
ya,sabar.
satu perkataan yang ringkas.
tapi subhanallah.
sakit,perit,jerih untuk menahan kesabaran tiada siapa yang tahu.kan? :')


untuk awak yang baru menghadapi kematian orang tersayang,
takziah dari diri ini.
satu je yang mampu kupesan,bersabarlah.
hanya Allah dan awak yang tahu tahap kesabaran itu.
dan hanya Allah akan membalas dengan pelangi yang terindah selepas ni untuk awak.
percayalah......


"Wahai orang-orang yang beriman,mohonlah pada Allah dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar"

waktu terindah ini sangat mustahil untuk berulang kembali di dunia ini,
tapi InsyaAllah tidak mustahil untuk berulang di akhirat kelak.
Allah,pertemukan kami sekeluarga kembali di mahligai syurga yang abadi.
amin...

"Maka adapun golongan yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,
maka dia akan diperiksa dengan mudah,
dan dia akan kembali kepada keluarganya yang beriman dengan gembira.."

(Surah Al-Insyiqaq: 7-9)

moga kita tergolong dalam golongan itu :')
amin...  








_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_