bukit-bukau kehidupan



Dahi,hidung,dan mulut kujatuhkan hingga mencium tanah rata bumi Allah.
Dia Maha Tahu betapa syukurnya aku tika ini.
Natijah 'peperiksaan terakhir' di alam sekolah menengah mencengkam segenap naluri hatiku.

Walaupun aku tidak secemerlang rakan-rakan seperjuangan,
tapi, Wallahi,aku sangat bersyukur dan gembira atas pemberian Allah ni.
Cukup bagiku apabila melihat mata berkaca ummi tersayang akhirnya jatuh juga titisan mutiara kerana bangga dengan anak bongsunya.

Pelukan erat,ciuman kasih sayang,dan kekuatan genggaman tangan yang dihadiahkan ummi,
cukup membuatkan aku tahu bahawa ummi benar-benar gembira atas pencapaian aku ini.
suara ayah yang kadang-kadang tenggelam timbul di hujung  talian telefon,
memberitahu aku bahawa dia juga terharu dan bahagia atas kejayaan aku.
Allah,nikmatnya rezeki yang Kau limpahkan ......

"saat paling bahagia dalam hidup ini adalah apabila dapat membahagiakan kedua orang tua dengan kebahagiaan hakiki"

di hujung usia alam menengahku,
baru kulihat dan sedar,
bahawa keberkatan ibu bapa itu sangat diperlukan dalam menjalani kehidupan.
turun naik pencapaianku sepanjang persekolahan,
sangat berkait  rapat dengan keadaan hubungan aku dan mereka.

Astaghfirullah..
takut untukku imbas kembali kenangan silam yang gelap gelita.
daripada kecemerlanganku dijulang tinggi tika di tadika abim dan sekolah rendah islam,
sekelip mata aku jatuh tersungkur dihina tika meningkat remaja.
Hanya Allah yang benar-benar tahu setiap inci kisah hidupku tika itu.

Terima kasih Wahai Allah,atas kesempatan yang Kau berikan untukku memperbetulkan kesilapan lalu.

"Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, dan murka Allah terletak pada kemarahan ibu bapa"




semoga kita sama-sama sentiasa dalam lindungan Allah selalu dan terus maju dalam mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.








_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_