saya bukan orang miskin, kenapa mereka hulur duit?



pernah hadapi situasi begini?
bila salam seseorang yg lebih tua dari kita,mereka selit sejumlah wang di tangan kita.
ini adalah satu perkara yg telah menjadi kebiasaan bg sesetengah orang.

keadaan ini,zahirnya memberikan kegembiraan kepada kita.
mana tak nya kan,orang hulur duit.
bukan senang nk dapat.

tapi tak kan kita nk biarkan persoalan yg timbul berlalu begitu sahaja?
kenapa mereka bagi duit ni ?

sedarlah wahai diri.
orang yg memberi duit kepada kita itu sebenarnya mempunyai niat yang tersendiri.
mereka bukan menganggap kita sebagai orang miskin.
tetapi,mereka sedang mengharapkan sesuatu drpd kita.

mereka tlh niat zakat kepada kita yang mana mereka tidak memanifestasikannya.
duit dihulur dengan harapan kita dpt menjalani pembelajaran dgn baik.
dan dengan itu juga dpt menjadi pembakar semangat kpd kita utk belajar dgn bersungguh-sungguh.
dan hasil dgn kesungguhan itu,kita dpt jadi orang islam yg berjaya.
bukan berjaya untuk diri sendiri,malah berbakti terus kepada agama islam dan negara tercinta.

ingatlah wahai penuntut ilmu agama islam,
kita tergolong dlm golongan penerima zakat.
Allah,Rasulullah dan Islam sangat menjaga dan sayang akan kita.
kerana kita lah yang akan menerajui dunia dan meletakkan Islam di tahap yg paling utama.

ketahuilah bahawa terdapat 8 golongan penerima zakat 
 fakir
 miskin
 'amil [pengurus zakat]
 muallaf [orang yg baru memeluk islam]
 gharimin [orang yang mempunyai bebanan hutang]
 fi sabilillah [orang yg berjuang demi islam termasuklah pelajar]
 ibnu sabil [orang yg bermusafir yg tdk melakukan perkara yg dilarang Allah]

kesimpulannya,ingatlah kita bukan dianggap miskin.
malah kita dipandang tinggi oleh masyarakat.
gunalah duit yang diberi sebaik mungkin.
dan cubalah menjadi manusia yang terbaik.
bukan hanya di mata masyarakat,malah pada pandangan Allah swt juga.

'dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad sebenar-sebenarnya.Allah telah memilih kamu dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran bagimu dalam beragama'
(Surah Al-Hajj : ayat 78)




_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_