satu hasrat satu matlamat



dulu,
aku bercita-cita untuk meninggalkan negara Malaysia,
dulu,
aku bercita-cita untuk tidak lagi menjejakkan kaki di Tanah Malaya.

aku ingin terbang bebas di angkasa raya !
aku ingin melihat bunga-bunga mewarna dengan ceria di negara Cina,
aku ingin berdiri di tengah-tengah guguran sakura di bumi Korea,
aku ingin menikmati kesejukan yang mendamaikan di Australia,
aku ingin bermain dengan Hello Kitty,Mickey dan Tweety di Disneyland dengan gembira.

tapi keinginan itu telah berlalu pergi dibawa angin udara.
baru kusedar bahawa aku adalah manusia yang lalai dan alpa.
aku tidak mensyukuri nikmat yang terbentang luas di depan mata.

Malaysia,
tanah airku yang aman dan sentosa,
rupa-rupanya kaya dengan nikmat dunia.
lengkap dari timur ke barat,dari selatan terus naik ke utara.
banyak lagi yang kubelum rasai darinya.

kini,
aku bercita-cita untuk meninggalkan negara Malaysia,
kini,
aku bercita-cita untuk mengangkat kaki meninggalkan Tanah Malaya.
bukan kerana benci atau membawa diri,
tapi,
aku ingin membawa berita istimewa kepada seisi benua,
bahawa Malaysia adalah negara terhebat yang ada di dunia,
punya keamanan,keharmonian,dan perpaduan rakyat yang sempurna.
dan tak akan kulupa,
kuakan menyatakan dengan bangga,
bahawa aku adalah anak Malaysia yang tercinta !


sara ali,
15.08.12
persembahan bulan kemerdekaan.
ardh tengku ampuan jemaah.


_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_