jom ber'PESTA' !


assalamualaikum semua.
wah,ramadhan yang mulia kini menjelma!
seronokkan?
jom kita niatkan untuk berpuasa selama sebulan!

terasa sedih?
tak ada perasaan dengan kunjungan ramadhan?
kenapa begitu?

jom kita lahirkan rasa excited dalam diri kita.
bulan ramadhan adalah bulan berpesta!
ya,pesta beribadah!


pada zaman Rasulullah s.a.w,sekalian sahabat sangat gembira tau bila ramadhan menjelma.
kerana apa?
kerana bulan ramadhan adalah satu-satunya bulan Allah memperkenankan segala doa dan permintaan seluruh hambaNya.
istimewa kan bulan ramadhan?

jadi,apa lagi yang kita tunggu.
jom renung sejenak,matlamat utama apa yang kita mahukan dalam hidup?
jika belum atau susah untuk memilikinya,
inilah masanya,bulan Ramadhanlah menjadi jalan bantuannya.
Allah akan dengar rintihan dan hajat kita serta mengkabulkannya.

dengan amalan wajib yang diiringi amalan-amalan sunat,
seperti tadarus al-Quran,solat terawih,berzikir mengingati Allah dan bersedekah,
insyaAllah,dipermudahkan segala urusan duniawi mahupun ukhrawi.

"bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan :
kegembiraan melaksanakan ibadah puasa dan kegembiraan bertemu Allah di syurga kerana puasanya"
(riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya Allah sampaikanlah kami untuk menemui Ramadhan yang mulia ~



_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_