saya suka tengok cermin



terpikat pada kata-kata seorang gadis kecil molek.
matanya bulat,hidungnya mancung.
susuk tubuh yang cantik dilitupinya dengan pakaian yang diajar syariat.

saya suka tengok cermin.
orang kata,perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan cermin.
saya tak nafikan kata-kata itu.

sebelum ke mana-mana,saya pasti berdiri dihadapan cermin.
memastikan dari atas hingga ke bawah ditutup dengan sempurna.
tiada kelihatan cacat cela.
hilangkan kekotoran jika ada.

saya suka tengok cermin.
kerana saya perlu sentiasa jaga jasad ini.
kerana saya sedar ini adalah pinjaman dari Ilahi.
dan kerana saya perlu jaga imej diri.

saya suka tengok cermin.
bersyukur kerana ALLAH bagi pemakaianku adalah yang terbaik.
kini,dan selamanya saya perlu berpakaian begini.
kerana ia adalah suruhan Ilahi.
ajaran islam iaitu dini.
untuk diri ini mengecapi syurga firdausi.


_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_