Al-Fateh menjadi Sultan tika usianya 19 tahun


  • sentiasa rendah diri dalam amal yang dilakukan.
  • pendiam orangnya.
  • tenang dalam menghadapi segala situasi.
  • tegas tetapi kaya dengan kesabaran.
  • kuat menyimpan rahsia.
  • berani dalam menegakkan sesuatu.

awal-awal dengar dan baca kisah pemuda ni,macam-macam rasa hadir dalam diri.
hebatnya ciptaan dan susun atur hidup yang Allah rancang untuk beliau.

para ulama' dan pakar motivasi menjadi pilihan untuk didekati,
kerana,dengan itu,bila ada kemusykilan dia terus dapatkan ulama' untuk membantunya.
bila dia terasa lemah,pakar2 motivasi ini lah yg dicarinya,untuk mengembalikan semangat dan ketabahan dalam dirinya.
hebatnya pemilihan yang dilakukan beliau untuk dijadikan sahabat yang paling rapat dalam hidup dia.

beliau juga seorang pemimpin yang berkarisma.
sentiasa memberi arahan yang sebaiknya kepada para tentera.
dalam huru-hara peperangan,bila timbul sesuatu masalah,
beliau mengajak tentera-tenteranya solat dua rakaat secara berjemaah,
kerana beliau yakin bahawa Allah itu ada dimana-mana,
dan akan hadir pada setiap masa,
membantu hamba-hamba yang bersamaNya.


dan yang paling menarik dan tersentuh hati apabila kisah pelantikan untuk menjadi imam bagi solat jumaat yang pertama sekali akan didirikan.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

itulah yang dimaksudkan oleh kata-kata rasulullah tersebut.Sultan Muhammad AlFateh telah naik takhta seawal 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun.

kalau difikirkan keadaan di zaman ini,jauh beza untuk dibandingkan dengan kisah menarik ini.

kata Imam AlGhazali :
"Pemuda hari ini melambangkan dunia masa hadapan"

jadi jika ingin tahu bagaimana pentadbiran negara pada zaman hadapan,lihatlah pentadbiran dan keadaan remaja pada masa ini.jika rosak kini,rosaklah yang akan datang.jika teratur kini,gemilanglah zaman akan datang.

semoga sama-sama dapat kita ambil iktibar dari sejarah lampau Sultan Muhammad AlFateh ini.
"Allah tidak akan ubah nasib hidup seseorang melainkan dengan usahanya"

selamat beramal


_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_