apa yang kita beri, itulah yang kita dapat



telah menjadi hukum alam,dalam kehidupan di dunia ini,
setiap apa yang kita lakukan,pasti akan ada balasannya.
tidak kira cepat mahupun lambat.
kerana apa?
kerana ALLAH iaitu tuhan semesta alam mempunyai nama Al-'Adlu.


apakah itu Al-'Adlu?
ia membawa makna adil.
walaupun para hakim di mahkamah mempunyai sifat ini,
walaupun para juri sesuatu pertandingan mempunyai sifat adil ini,
tapi,ingatlah,
ALLAH itu tetap Maha adil.
dalam erti kata lain,ALLAH itu sangat dan yang teramat adil.
keadilan ALLAH tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh ditandingi oleh satu makhluk pun.
Allah sangat peka dengan sesuatu perkara yang dilakukan oleh kita semua.


jadi,mudah saja.
jika kita inginkan sesuatu,kita perlu melakukan sesuatu.

kita perlu menghormati jika mahu dihormati.
kita perlu menyayangi jika mahu disayangi.
kita perlu membantu jika mahu dibantu.
kita perlu mengukir senyuman jika mahu sebuah senyuman.
kita perlu berkelakuan baik jika mahu dilayan dengan baik.

Bukankah Allah itu hakim yang paling adil ? [At-Tin:8]
。◕‿◕。





_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_