kenapa kekecewaan milik kita ??


now,berjalan lagi kita di muka bumi  ini.
masing-masing ada kondisinya tersendiri.
berjuta hamba di muka bumi,berjuta jugalah cerita yang masing-masing ada.


ah,banyaknya dengar berita-berita sedih sekarang.
musim agaknya ~

kepayahan____
keperitan_____
kegagalan_____
kekecewaan____
kesedihan______

lima keadaan yang menghasilkan satu lukisan kehidupan..


ya,pasrah atas segalanya.
lima keadaan yang pasti mengubah pandangan hadapan setiap orang.

dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
itulah kata-kata yang sering melalui lubang telinga kita.
kemanakah lagi kita nak berlari apabila ujian datang menjelma?
sejauh mana pun kita pergi,ia tetap menanti.

what must I do to feel free from trouble ???

ingatlah,
Allah tak akan menguji hambanya kecuali sesuai dengan kesanggupan kita.
inilah masanya untuk kita gunakan sebaik mungkin nikmat yang Allah berikan,
dengan akal lah kita dpt berikhtiar,dan dengan ikhtiar lah masalah yg kita hadapi pasti menemui jalan penghujungnya.
Allah juga beri ujian kepada kita kerana Allah rindu pada kita.
rindu macam mana ???
Dia nak kita kembali padaNya,berdoa,meminta dan merayu,memohon pertolongan dariNya.
kan nampak sweet tuu,bila kita dekat-dekat dengan Allah.
Allah rindu pada kita,dan kita balas dengan bermanja denganNya.
Allah sebenarnya sedang menguji tahap keimanan kita kepada Dia.
apa itu keimanan ? ya,ia adalah kepercayaan.
Allah nak tahu kita percaya padaNya atau tidak,Dia turunkan ujian kepada kita.
kalau kita kembali padaNya tika ditimpa musibah,
maknanya Dia tahu,kita masih beriman atau percaya padaNya walau dugaan sebesar mana pun jatuh atas bahu kita.
rugilah bagi siapa2 yang kalah dalam ujian keimanan ini.
Set lah mind kita,bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
kenapa perlu kita ada mind set macam ni??
supaya ada rasa bersyukur dalam hati kita.
ia juga dapat menyelamatkan jiwa kita dari berprasangka dengan Allah yg Maha Mengetahui.
masalah umpama warna dalam kehidupan.
apa maksudnya??
bayangkan kehidupan kita warna merah jambu.
ada satu warna je,rasa macam bosan dengan kehidupan macam ni.
tapi apabila ditepek-tepek dengan warna hitam,ia nampak seperti menarik dan lengkap.
sama jugalah dengan kehidupan.
apabila kita menjalani kesenangan sepanjang masa,rasa macam takda adventure.
dan ujian dan dugaan inilah yang melengkapinya
{。^◕‿◕^。}

baiklah sampai sini sahaja keyboard ditaip untuk kali ini.
semoga ada kebaikan dan kelebihannya untuk kita semua.


apapun,lakarkanlah senyuman walau apa pun yang tersimpan dalam hati kita.
moga ia menjadi penguat untuk diri kita sendiri.


selamat menjalani kehidupan 



_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_