restaurant..





Di sebuah restoran terkemuka,ada sekumpulan remaja perempuan yang sedang makan sambil berborak panjang kerana sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain.Tiba-tiba datang seorang perempuan yang bertudung merah jambu labuh dan dikenakan dengan jubah berwarna hitam.Dia mengambil kedudukan meja bersebelahan dengan sekumpulan remaja tadi.Tiba-tiba salah  seorang perempuan dari kumpulan  tadi bersuara ; "ish,perempuan zaman mana pulak yang datang ni??tak malunya dia,tak update style langsung"
Apabila pesanan perempuan tersebut sampai,dia menadah tangan berdoa,dan terus menikmatinya.
Seorang perempuan lain pula berkata ; "aduh,nak doa pun dalam hati je lah,janganlah sampai org lain nampak,segannya.."
"haha,makan pakai tangan lah minah alim tu..mesti tak reti pegang sudu dan garfu"
"eee,,muka cantik,tapi makan sampai licin pinggan..kalau aku,cover2 je,tinggalkan lah makanan tu,nampak lah diet,jaga badan nii,barulah ada lelaki yang terbeliak tengok.."
tidak semena-semena salah seorang daripada mereka menjerit ; "eewww,tengok tuu!sampai jilat jari,pengotor rupanya perempuan ni.."

tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali kepada sekumpulan remaja yang busy body tadi.lelaki tu membuka mulut ; 
"  Gadis bertudung itu mengenakan tudung labuh kerana dia taat akan perintah Allah dalam surah AnNur ayat yg ke31
  Gadis bertudung itu menadah tangan berdoa kerana dia yakin bahawa Allah ada bersama dia walau dimana sahaja dia berada,dengan itu dia sentisa boleh memohon perlindungan dari Allah pada bila-bila masa sahaja 
 Gadis itu makan menggunakan tangan kerana dia cinta pada Rasulullah,dia mengikut sunnah yang Baginda ajarkan
 Gadis itu makan sehingga licin pinggannya kerana dia tidak mahu membazir kerana dia tahu orang yg membazir adalah sahabat syaitan
   Gadis itu menjilat jari bukan kerana pengotor,tetapi dia menghidupkan sunnah junjungan besar Rasulullah dalam setiap amalan dalam hidupnya"

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintaiku,dan sesiapa yang mencintaiku,nescaya dia akan bersama-samaku di syurga
 (riwayat Anas r.a)




_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_