rupanya,tiada alasan untuk kita tak yakin


assalamualaikum 
keyboard ditaip lagi sebelum menyambung tanggungjawab sebagai seorang pelajar.



lemah,pasrah,terasa terlampau berat beban yang dipikul.
inilah lumrah kehidupan ~

kadang-kadang,
apabila ujian dan dugaan datang bergolek-golek,
kita jatuh terduduk,rasa seperti dunia kosong.
satu pun tak nak berpihak kepada kita,
tiada siapa mahu menghulurkan secebis kekuatan,
air mata mengalir deras sederas air terjun,
kerana di dalam hati kita mengatakan,
kita dah tiada sesiapa lagi didunia ni ~

tapi tahukah kita,bahawa kita masih ada yg menyayangi?
masih ada yang sudi hulurkan bantuan?
masih ada yang sedang genggam kuat tangan kita ?
ya,memang ada!
ALLAH menulis dalam surat cintaNya :

" Janganlah kamu berduka cita, 
sesungguhnya Allah bersama  kita " (QS 9 : 40)


pabila kita menghadapi kegagalan,kenapa kita terus hilang keyakinan?
bangkitlah wahai jiwa!teruskan berjuang!
berfikiran positiflah,sasarkan kejayaan dalam matlamat kita.
tidak mustahil kejayaan yang cemerlang kan menjadi milik kita.
kerana ALLAH sendiri telah meyakinkan kita,bahawasanya,

 “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, 
maka jadilah " (QS 36 : 82)

selepas satu kejayaan yang kita miliki,
jangan lupa,bahawa banyak lagi ruang rintangan yang perlu kita tempuhi.
kejayaan kali ini bukanlah bermakna kita berjaya selamanya.
tidak mustahil,tingkat untuk menuju kejayaan seterusnya lagi susah dan payah halangan yang perlu dihadapi.
usahlah kita runsing,kerana ALLAH ada menyebut,

 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya ” (QS 2 : 286)

oh ya,jangan lupa!
segala kegusaran dan kerunsingan yang datang,
hadapilah dengan kekuatan diri.
ALLAH ada bekalkan ubat yang ditulisNya di dalam QuranulKarim

“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” 
(QS 13 : 28).




apa lagi yang perlu kita ragukan,
tegakkanlah tiang keyakinan kita pada ALLAH.
Dia adalah segala-galanya.


selamat menjalani kehidupan~
moga ada barakah dalam setiap apa yang kita kerjakan 




_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_