sedihnya CINTA TAK BERBALAS .......


  • takde mood nak bergaul dengan orang hari ni !
  • tak nak pergi kelaaaasss !
  • takde selera nak makan -_-
  • rasa macam dunia ni dah gelap gelita ~
  • baik bunuh diri lagi bagus !
CINTA adalah satu perasaan yang dianugerahkan kepada setiap manusia oleh Allah s.w.t ...
perasaan ini datangnya membawa warna-warni di dalam setiap jiwa ..

cinta kepada diri sendiri 
cinta kepada ayah ummi
cinta kepada adik beradik 
cinta kepada guru-guru
cinta kepada rakan-rakan
dan tidak terlepas Allah menganugerahkan rasa cinta kepada seseorang yang istimewa ..

'CINTA TAK BERBALAS'
tajuk yang diketengahkan pada entri kali ini ..

berbalik pada fenomena yang disenaraikan sebentar tadi ..
hidup bagaikan kosong bila mengetahui cinta tidak berbalas..
semangat hilang terbang ke awanan ..
buku-buku pelajaran ditinggalkan ..
makanan terhidang dibiarkan membazir kerana hilangnya selera ..
bak kata anak-anak muda zaman kini ,
apa pun tak boleh ~

inilah yang selalunya berlaku tika sebahagian dari kita mengetahui bahawa
cinta yang disemai dan dibajai sendirian sebelum ini ,
tidak mekar dek orang yang dicintai tidak membalasnya ..

mari kita bawa minda dan jiwa ke satu perspektif yang lain ..



diri kita ..
datangnya daripada ciptaan Allah s.w.t ..
Allah AMAT cinta kepada setiap dari kita ..
teringat pada ayat seorang ukht (kakak) tika dalam tazkirahnya,
bahawasanya Allah melihat kita sebagai 'the' bukan 'a'
maksudnya,kita semua,ya kita semua dipandang istimewa oleh Allah.
tak percaya ? mari kita lihat ..
Allah pinjamkan pelbagai nikmat dan kesenangan kepada kita ..

  • pancaindera untuk menjalani kehidupan dengan sempurna
  • udara yang nyaman 
  • keluarga yang bahagia
  • rakan yang ramai
  • hari yang sempurna dari mulanya matahari terbit hingga terbenam
  • makanan yang mengenyangkan
  • kesihatan yang baik
  • nikmat iman dan islam 
ini baru setitik dari selautan kasihNya ..
kita telah miliki pelbagai pinjaman dariNya ..



tapi , kita masih alpa dan leka ..
nilai terima kasih dan kesyukuran sgt tipis untuk dibalas kepada Allah kembali.
mata yang diberi pinjam kita sanggup mengotorinya dengan menonton video2 dan melihat aurat2 dgn sengaja.
dua bibir yg dicipta,berbuih2 dgn kata2 kesat,umpatan,dan ejekan.
udara yang nyaman kita kotorinya dgn menghembus asap2 rokok.
kesihatan yg dikurnia kita gunakan untuk mencari kekayaan sepanjang hari , sehingga lupa untuk bertemu Allah memohon pertolongan dan redha dariNya .. 

pelbagai perkara mazmumah kita kerjakan sepanjang perjalanan hidup .. tapi , bila hadirnya kesusahan , kegelisahan , dan kegagalan  baru kita datang dengan air mata berjujuran , mohon rahmat kasih dan sayang dari Robbul jalalah . barulah solat dijaga dan pekerti diluhur .

sama-sama kita renung . kita boleh bersedih apabila cinta kita tak berbalas , tetapi bagaimana pula dengan diri kita ?? dengan 'slumber'nya tidak membalas cinta Allah yg hakiki . kita curang dengan Allah , yang TERAMAT menyayangi kita . dalam kita menolak cinta Allah , dalam kita buat tak endah akan kasih Allah , tapi Dia masih memberi kita nikmat nyawa untuk kita teruskan kehidupan , Dia masih memberikan semua harta miliknya untuk kita pinjam . tak malukah kita ? dapat pinjaman dan kesayangan Allah , tapi tidak berbuat apa pun untuk membalasnya . bersyukurlah selagi kita diberi pinjam segala nikmatNya . hadirlah padaNya , mengucap kalimah syukur dan terima kasih .

"Kalau kita boleh melakukan perkara yg kekasih kita suka dan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yg si dia tidak suka , apa salahnya untuk kita praktikkan itu dalam berkasih dan bercinta dengan Allah"

"sesungguhnya , kasih Allah itu sepatutnya diburu oleh sekalian manusia"






► Ya Allah , kami masih mencuba untuk perbaiki kesalahan dulu . Bawalah kami agar sentiasa berada di atas landasanMu  (◕^^◕) 


_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_