perlu ke ada peperiksaan?




hati mengeluh mulut mendengus.
mungkin berlaku pada kebanyakan diri pelajar tika tiba musim imtihan (peperiksaan).



hati ini juga resah dan gelisah.
perasaan ini tidak dapat ku zahirkan.
ia benar2 menerkam jiwa dan raga.
tapi ku hanya mampu senyum dan berdoa.
agar ia dapat menjadi sedikit penawar pada kesakitan ini.


buat diriku dan kalian tersayang ,

tabahkanlah hati,
teruskanlah perjuangan,
jangan mengalah di pertengahan jalan,
kerana setiap detik berlalu dgn penuh berharga.

tika orang lain sedang berdiri tegak,
kau juga perlu menurutinya,
pintalah untuk tanganmu dipimpin,
agar sama2 kalian menuju kejayaan.

dan ingatlah,
jangan kau turut mengalah,tika mereka jatuh tersungkur .
kuatkanlah langkahmu.
teruskanlah perjalanan.
kejayaan sedang menantimu di hadapan.
ruginya jika kau hanya duduk menangis sedang kejayaan melihat dan menunggumu di hadapan.

sayangku ,

dalam sibuk mengejar kecemerlangan,
jangan kau alpa pada pemberinya.
Allah akan mengingatimu jika kau sentiasa mengingatiNya.
dirikanlah solat di awal waktu , agar kau tenang selepasnya.
mengadulah pada Dia , agar hati mu lapang di kemudiannya.

ketahuilah sahabat,
peperiksaan ini,
adalah warna-warni di alam menimba ilmu.
tempuhlah ia dengan tenang dan hati yang senang.
agar ia menjadi sejarah yang paling bahagia.

ku doa kan kejayaanmu,sayang ~


sarah the best!
and you too : )






_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_