hari itu rupanya penentu hari ini



papan kekunci ditaip lagi .

tiba-tiba terkenangkan masa yg telah lama berlalu.
kira-kira 9 tahun juga kalau difikirkan.

rindunya zaman sekolah rendah dulu.
menjadi budak 'comel' dan suci drpd dosa.
hari2 membawa beg berat ke sekolah.
masuk kelas pukul 8 pagi,habis kelas pukul 4 petang.
bila direnung balik,waktu di sekolah lebih lama dari waktu berada di rumah.
 dah lupa bagaimana kepenatan ditanggung waktu tu.
selalunya sampai rumah dlm pukul 5 petang.
sebab jarak perjalanan antara rumah dengan sekolah agak jauh.
dari damansara ke gombak.

seusai solat asar,diriku dan abg2 akn bersiap.
baju sekolah ditukar dgn baju kurung dan baju melayu yg disediakan ummi tercinta.
beg berisi buku sekolah ditukar beg berisi senaskah al-quran.

dan basikal terus dicapai.
masing2 mengayuh basikal yg dibeli ayah.
tempat mengaji dituju.
ustaz sedia menanti.
kadang2 berlumba2 siapa yg sampai dulu..

' sapa sampai dulu dia org first yg baca! '

rindunya saat ini.


bila dah meningkat umur ..
abang2 pula dah masuk asrama..
tinggal ku keseorangan..
dan waktu itu kumengaji di masjid berdekatan..
sementara umi ayah mendengar ceramah antara maghrib dan isya',,
ku belajar mengaji dengan lebih kurang 20 org kanak2 yg lain sepertiku..




sebenarnya itu sekadar ingin berkongsi cerita kehidupan waktu lampau..

dan hari ini,sejarah itu tetap menjadi pengalaman hidup..
syukurku kepada Allah yg Maha Berkuasa..
kerana dgn kekuasaan dan kasih sayangNya lah diri ini menjadi diri ini yg sekarang..

takutnya aku,Ya Allah..
dengan cabaran dunia zaman ini..
syukurku padaMu,kerana menjadikan aku anak kepada ummi dn ayahku..
sungguh aku sayang padaMu ya Rahman..
dan aku jua mencintai kedua ibu bapaku..

Allahu Robbi,
ku mohon ketetapan hati..
aku telah jauh tenggelam di dasar laut,Ya Allah..
dan kiniku terus berenang kembali utk naik ke permukaannya..
kuatkanlah aku ya Allah..
dalam mengharungi ikan2 perosak lautan serta isi2 yg lain..
selamatkanlah aku Ya Allah..
dari terpedaya dgn ikan2 yg bertopeng..
yg menghalalkan yg haram..
yg mengkaburkan yg jelas..
dan yg mengubah suruhan dgn tipu daya yg halus..
jadikanlah rahmat bacaan alQuranku sebagai batu pembantu diri ini dr tenggelam lagi..
ku mohon daripadaMu ,,Ya Allah...
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengasihani..




'sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari AlQuran dan mengajarkannya'
(hadith riwayat bukhari)

semoga kita sama2 dalam redha Allah sentiasa :)
sehingga bertemu lagi di taipan papan kekunci akan dtg ~




_praktikkan ilmu di hati menjadi realiti_